|| NOTA KULIAH 2 MINDA USUL FEKAH DR MOHD DAUD BAKAR ||
1) Istilah usul fiqh pertama kali muncul pada kurun kelima yang di gunakan oleh seorang tokoh muktazilah iaitu Abu al-Husain al-Basri al-Muktazili (wafat 436 hijrah), pengarang magnum opus terkenal, kitab al-Mu’tamad fi Usul al-Fiqh.
2) Sumber perundangan Islam ada dua sahaja iaitu al-Quran dan as-sunnah. Selain daripada ini, qias, ijma’, istihsan, istislah, istishab dan lain-lain hanya merupakan teknik kepada perundangan Islam bukan sebagai sumber perundangan Islam itu sendiri.
3) Agama kita adalah agama wahyu bukan agama kemanusiaan. Peranan kemanusiaan hanya berfungsi bagi melengkapkan kefahaman terhadap wahyu.
4) Manakala penulisan usul fekah pula, sekurang-kurangnya terbahagi kepada tiga kategori :
a) Metod mutakallimin atau as-syafiiyah : satu prinsip umum yang dicerna kepada kaedah usul fekah tanpa melihat aplikasi hukum yang sebenar. Mesti stand by the principle.
b) Metod hanafiyyah atau fuqaha atau jurist : kaedah usul fiqh berdasarkan pendekatan induktif (istiqra’) yang melihat fatwa-fatwa yang sedia ada dan kaedah usul fiqh dikeluarkan berdasar fatwa tersebut. Sama macam di England, hakim membuat undang-undang berdasarkan ‘kes law’ bukan berdasarkan perlembagaan atau undang-undang yang bertulis.
c) Metod gabungan antara dua manhaj di atas. Datuk lebih cenderung kepada metod ini kerana ia memberi satu kekuatan baru di dalam usul fiqh.
5) Usul fiqh adalah satu ilmu yang menggabungkan antara usul wahyu dan usul akal sebagaimana kata al-Ghazali rahimahullah.
6) Baca kitab al-Fihris yang ditulis oleh Ibnu an-Nadim wafat : 438 hijrah. Kitab ini mengkaji kronologi penulisan para ulama’ terdahulu termasuk kitab-kitab fekah dan usul fekah.
7) Qias ada 6 cabang :
Qias tarad (الطرد) qias ‘akas (عكس) qias aula (أولى) qias syibih ( شبه )dan lain-lain. Kita tak perlu berhenti setakat 6 cabang ini sahaja. Qias can be more than that. Qias is about locigal. Kita boleh keluarkan 'our own trademark qias'. Tapi sebelum melonjak ke arah itu, harus kuasai dulu disiplin ilmu usul fiqh.
8) Kaedah-kaedah bahasa perundangan antara subjek yg di abaikan oleh kita semua. As-Syatibi berkata :
"...الشريعة عربية ، وإذا كانت عربية فلا يفهمها حق الفهم إلا من فهم اللغة العربية حق الفهم..."
" (Bahasa) syariah adalah bahasa arab. Apabila ia dalam bahasa arab, maka tidak akan difahami dengan sebenar-benar kefahaman kecuali siapa bagi mereka yang memahami bahasa arab dengan sebenar-benar kefahaman..."
Rujuk usul fiqh dari segi kaedah bahasanya sendiri. Ada kekuatan pada setiap perkataan.
Olahan semula oleh: Ahmad Hafiz Hafifi Bin Mohd Arif
Mahasiswa Syariah Universiti Islam Madinah Al Munawwarah